Thursday, 16 June 2011

5 Makhluk Tuhan yang Paling Aku Benci

Kalini contradict dengan post yang sebelum ni. Anda akan tertanya2 siapakah gerangan2 tersebut kerana aku x kan letakkan nama. Hanya manusia kat sebelah katil aku ni je yang tahu siapakah mereka. hahahah.

Manusia Malang Pertama
Aku jumpa dia nih time sem 1 kat UiTM Kuantan. Pada awal perkenalan aku rasa dia ni sangat2 baik orangnya. Sehinggalah satu hari dia buat satu perbuatan yang sumpah aku x kan lupa. Aku x kan sebutkan perbuatan tu sebab ianya agak memalukan. Aku ni susah nak benci orang kalau orang tu x de buat hal dengan aku. Tapi kalau sekali dia buat dajal dengan aku. Aku akan ingat sampai bila2. Kadang2 aku ada jugak terfikir kalau2 dia ada bela jin. hahahaha! Aku x nak cerita panjang2 pasal manusia nih sebab takut korang akan terpetik nama sesiapa. Pastu benda ni kecoh 1 UiTM kuantan. UiTM nih kecik. Semua orang kenal antara satu sama lain. Kalau ada berita hot kejap je dah tersebar. 

Manusia Malang Kedua
Aku mula kenal dia nih time form 4. Awal2 dulu dia baik je dengan aku. Tapi lama kelamaan beliau semakin kerek dengan aku. Aku senyum, dia jeling. Tatau la kalau dia x perasan aku senyum ke ape. Tapi walaupun kami masih berdekatan. Beliau macam seakan2 x pernah kenal aku. Dulu, aku pernah dengar orang cakap2 yang dia ada fitnah aku. Dia cakap aku suka menggatal dengan lelaki ngan aku suka tulis lucah2 kat facebook. Waddehel dude? kalau ada x puas hati ngan aku sebab aku lagi hot dari kau ke..baik cakap terus ngan aku..aku x kesah la. Tapi sampai fitnah2 aku nih amende? hahaha..Lepas dengar cerita tu aku gelak je. Sebab aku tau aku x macam tu. 

Manusia Malang Ketiga
Seperti biasa, mula2 dia baik dengan aku. Memang la dia baik dengan aku. Sebab dia ada hati dan perasaan kat aku. Beliau seorang lelaki yang sangat tinggi. Birthday beliau sama dengan aku. Aku kenal dia nih time form 3. Kami classmate. Aku selalu cerita kat dia pasal mr.moustache. Satu hari tu time kami baru habis tuisyen sama2, dia ternampak aku dengan mr.moustache tengah tunggu mak aku jemput. Tiba2 dia datang kearah kami. Ingatkan dia nak buat apa. Tiba2 je dia minta mr.moustache berdiri sebelah dia. Pastu dia ukur2 ketinggian dia ngan mr.moustache. Dia ejek2 mr.moustache "hahahahaa! pendeknyeee! mustab! macam mana ko boleh suka kat laki pendek ni?" . Lepas tu mr.moustache terus bla dari situ. Tanpa sepatah perkataan. Time tu aku rasa macam nak tumbuk perut dia yang keding tuh. Sejak tu aku x cakap langsung dengan dia.

Manusia Malang Keempat
reserved for the best.

Manusia Malang Kelima
reserved for the best.

Sebenarnya x ramai yang aku benci sebab aku ni penyabar orangnya. cepp..
Jadi janganlah kita saling benci membenci kerana perbuatan itu tidak baik untuk kesihatan jantung.


p/s: Jam susah pon menunjukkan pukul 1.45a.m. Memang besok aku tade kelas pagi kan?. hahaha..lepak la.


Tentang 5 orang yang aku paling sayang

hahahah! Sakit usus aku main game tukar2 kertas ngan member2 sakai aku tadi. Gamenya begini. Duduk dalam 1 group consist of atleast 6 orang (ramai2 baru best). Koyakkn kertas panjang2 (ikut bilangan ahli dlm group). Bagi sehelai kertas yg dah dikoyakkn kepada setiap org dlm group. Pertama, semua orang kena tulis nama sesiapa yang semua orang dlm group tuh kenal (kalau x kenal x bes la). Pastu lipat bahagian yang ditulis. Pas kat org sebelah. Dah dapat kertas orang sebelah. Tulis pulak perbuatan. Pastu lipat. Pas kat orang sebelah. Teruskan buat mcm tu. Susunannya begini:
nama pertama
perbuatan
anggota badan
nama kedua
masa
tempat

Bila dah complete. Jadilah contohnya begini:
"Syafiqah mencungkil pusat Mustab ketika belajar dalam kelas sir Syahril"

Faham kenapa aku sakit perut sekarang? hahahahaha!

Okeh. Kembali ke sri pentas. Mari kita mulakan dengan 5 orang tersayang (selain ahli keluarga).

Manusia pertama:
Ummu 'Ammarah
Ummu atau nama manjanya mamu bestfriend aku sejak darjah 3. Jadi tahun ni genap 10 tahun kami menjadi bestfriend. Sekarang kami dah berjauhan. Aku kat malaysia. Dia lak kat mesir amek dentistry kat al-Azhar. Time kat skolah dulu aku selalu berkepit je ngan die. Macam pasangan lesbo pon ade gak..kahkah! Mamu teman aku ponteng kelas bahasa arab yang sirius shit bosan. Mamu jugak yang jadi geng aku baling kerusi kat mr.moustache time darjah 5 dulu. Dulu aku pernah jadi jiran die. Jarak rumah kami 2 buah rumah je. Time tu mmg sejarah hidup aku yang paling seronok. Tiap petang kami akan melepak kat taman permainan sambil usha rumah budak lelaki sekolah rendah kami yang hot. Kami akan tunggu sampai jam 5 petang sbb time tu budak laki tu slalu kluar main basikal dpan rumah die. Lagi satu, port kami lepak tu mmg best sbb leh tgk abang2 main bola sepak. Semua badan kental2. (kecik2 dah gatal). Kalau nak cerita lagi mmg panjang. Kenangan banyak sangat ngan die neh. 

Manusia Kedua
Mimi Syahirah
Lepas aku pindah sekolah kebangsaan, aku duduk sorang2 je. X de sape nak kawan dengan aku time tu. Mane taknye. Time masuk kelas buat kali pertama. Aku pakai tudung labuh, lengan bercekak, pandang je lantai. Kalau time rehat orang lain hu ha hu ha. Aku baca al-Quran. hahahah!. Kalau lelaki tegur aku. Aku buat dunno je. Aku selalu usha si mimi neh dari jauh sebab die pengawas pakai baju hijau. Aku ingat die kerek. Ntah mcm mana tiba2 aku boleh terrapat lak ngan die neh. Rupa2nya otak beliau sangat gila. Beliau jugak sangat femes kat skolah tuh sebab beliau terlalu peramah. Bila kami jalan saing2, orang akan cakap kami kembar. Taste die pulak, dia suka lelaki yang setahun lagi muda dari dia. hahaha. Dalam kelas aku sentiasa duduk sebelah dia. Satu hari tu cikgu jeles agaknya tengok kami bahagia bersama. Cikgu suruh aku pindah duduk sebelah orang lain. Aku menangis diiringi dengan lagu "percaya pada diri dengan harapan dan keyakinannnn" yang dinyanyikan oleh budak2 lelaki kelas aku. hahahahaha!

Manusia Ketiga
Nurul Syafiqah Izhar
Syafiqah atau nama manjanya sya setan suka beno menganjing aku. Tapi sebenarnya kawan yang suka menganjing kita tu lah kawan kita yang paling kita rapat. Aku jumpa setan ketot nih masa aku baru first day masuk UiTM Kuantan (the best place on Earth). Time awal2 kat UiTM dulu aku selalu nampak dia mengenang nasib kat balcony diiringi dengan titisan2 air mata. Homesick rupenye budak nih. Walaupun dah sebulan kami jadi roommate, kami langsung x bertegur sapa. (aku sebenarnya x berani nak tegur die sbb muka die mcm nak makan org) hahahah!. Tiba2 dia tanya aku something (hal ini private and confidential). Aku pon rupanya bersependapat dengan dia. Sejak tu kami kamcing. Beliaulah teman aku makan maggi, mengumpat, dan pernah sekali, mandi. hahahahah! kalau dia ada masalah dengan boypren dia. aku lah tempat  untuk dia luahkan perasaan. Walaupun kami baru kenal setahun lebih, tapi rasanya macam dah kenal 10 tahun. X dapat bayangkan kalau degree nanti kami terpisah. Cukuplah terpisah bilik sekalipon. Aku x dapat bayangkan.

Manusia Keempat
Winona Emmanuel
Winona atau lebih dikenali sebagai win ialah salah satunya bestfriend aku yang dari kepulauan Borneo. Aku jumpa budak sabah nih masa first day aku kat UiTM Kuantan (again, the best place on Earth). Aku ingat lagi time MDS (orientasi). Aku sentiasa berkepit dengan dia. Kalau nampak muka win, sebelah dia mesti muka aku. Bila orang lain kepenatan, kami terlompat2 girang macam budak terencat. Time sem 1 beliau sangat kejantanan dengan gaya rambut dia yang spikey. hahaha. Time duduk rumah A206 dulu kami selalu terdengar bunyi yang pelik2. Jadi tiap malam kami yang muslim akan pagar rumah kami dengan air Yassin. Win pulak pagar rumah kami dengan holy water. Jadi rumah kami double protected. Dulu win sangat kuat agama. Tiap pagi hari ahad dia akan bangun pagi gila untuk ke church. Paderi church tu pon sangat sayangkan beliau. Tapi sekarang ahad pagi dia bangun untuk pergi ECM. ish ish ish..Taste dia ni pulak pelik. Dia lebih bernafsu terhadap lelaki yang kurus kering dan x hensem. hahahaha!

Kelima (ini bukan manusia, ini kucing)
Pony Abdullah (aku tatau nama ayah dia)
Pony kucing aku yang paling bijak dalam sejarah kucing2 yang aku pernah bela. Aku terjumpa si comel sewaktu pulang dari sekolah (ayat iklan Daia). Sebenarnya dia dah follow aku sejak pagi lagi kat dalam kawasan skolah tu. Mana2 aku pergi dia ikut. Sampai aku nak balik. Jadi aku pon mintak kebenaran dengan pak guard untuk ambil dia bawak balik rumah. Aku jaga dia baik2. Bawa pergi jumpa doktor untuk mintak ubat telinga dia yang kurap time tuh. Mandikan dia dengan syampu Pantene. Bagi dia makan ayam rebus sampai gemok. Lepas 3 minggu aku ambil dia. Dia beranak. Anak dia ada 3 ekor. Tapi semua nakal2. Berak kat katil nenek aku. Jadi mak aku buang derang. Tinggallah Pony tanpa anak2. Pony satu2nya kucing aku yang boleh bawak teman tidur malam. Sebab kalau dia nak berak dia akan bagitau "MIAAAUUUU!" yang bermaksud "aku nak berak, cepat bagi aku klua!" . Kalau ada lipas, aku akan suruh dia pergi bunuh. Dia main2 dengan lipas tu sampai lipas tu mampos. Pernah sekali tu dia bawak balik burung Wak Wak yang dia bersusah payah tangkapkan untuk aku. Tapi aku lepaskan balik burung tu sebab mak aku pernah cakap burung tu dah x banyak dah sekarang. Lepas aku lepaskan, Pony terus merajuk dengan aku. Aku panggil dia makan pon dia x nak balik sampai malam. Haritu yang terbaru, ada ular masuk rumah aku. Mak aku cakap Pony yang tolong halang ular tu supaya x masuk sampai dapur. Pony dah ada boypren. Nama boypren dia Dutch (kucing rumah sebelah).

Sebenarnya ramai lagi manusia2 yang aku sayang. Terlalu ramai. tapi benda alah ni mintak 5 orang je. Jadi yana, wani, nana, dibah, wawa, dan korang2 semua jangan nangis keh?. chill. hahaha.





p/s: kejap lagi aku sambung orang yang aku benci pulak. sya dah x sabar2 sangat nak baca. haha

Wednesday, 15 June 2011

6 lirik lagu yang paling mendalam.

Lirik2 lagu ni bukan semuanya ada kena mengena dengan diri aku. Sebenarnya ada sesetengah yang x menusuk kalbu pon. Tapi aku agak suka lirik2 ni.

6. JET- Look What You've Done
"Give me back my point of view
'Cause I just can't think for you
I can hardly hear you say
What should I do, well you choose"

5. KISS- Forever
"It's forever, this time I know and there's no doubt in my mind
Forever, until my life is thru, girl boy I'll be lovin' you forever"

4. Pulp- Something Changed
"When we woke up that morning we had no way of knowing
That in a matter of hours we'd change the way we were going.
Where would I be now if we'd never met.
Would I be singing this song to someone else instead I dunno
But like you said something changed."

3. The Smiths- There's a Light That Never Goes Out
"And if a double-decker bus
Crashes into us
To die by your side
Is such a heavenly way to die
And if a ten ton truck
Kills the both of us
To die by your side
Well the pleasure, the privilege is mine"

2. The Changcuters- Main Serong
"Ma.. ma.. main serong berbahaya but is so fun
Melepas rasa penat dalam menjalin hubungan
Buat para pemula sebaiknya jangan ikutan
Perlu skill sejati agar tak jadi berantakan"

1. Butterfingers- Maharani
"Mereka kata kau sama
Tiada apa yang berbeza
Aku tau kau tak serupa
Tak silau lihat harta"

p/s: nak sambung tengok Om Shanti Om. 

Tuesday, 14 June 2011

7 Perkara yang aku tahu tentang diri Aku.

Rummet aku si wawa sebok nak baca aku tengah taip ape kat blakang nih.
"BLA LA WAWA!"
okeh. die dah bla. haha. mari kita mulakan cabaran hari ketiga ini dengan penuh ketenangan. 7 perkara yang aku tahu tentang diri aku. yang orang lain mungkin x tahu. hanya Tuhan sahaja yang tahu. inilah dia 7 fakta tentang diri Mustab.

7. Aku sangat takut serangga besar2 yang nampak tough. Macam lipas, tebuan, kumbang besar...

6. Walaupun aku agak anti dgn korea. Tapi aku terpaku jugak tengok My Girl. kah kah kah!

5. Aku punya taste lelaki yang kulit sawo matang, kening tebal, bahu tegap. ADA MISAI. hahaha! (sbb tu aku x suka tgk korea..laki die sume kulit putih gebu, kening trim dan yang paling penting x de misai.hahaha)

4. Aku boleh survive makan telur masin (merah die) digaul dengan nasi putih sahaja. x de lauk lain.

3. Kesan parut sebelah bibir kiri aku disebabkan oleh bisul yg aku kena time form 5. Bisul jahanam tu buat mulut aku jd senget slama 2 minggu. Selama 2 minggu tu aku ponteng skolah sbb malu yg teramat. hahaha.

2. Kesan parut kat pergelangan tangan aku belah kanan tu lak sebab kena gigit lipas time aku kecik. sebab tu aku sangat anti dengan lipas skang. (banyak betul parut..harap2 x efek harga nnt..hahaha)

1. Aku sangat pandai klentong untuk selamatkn diri sendiri. kah kah kah!

p/s: selama 2 post aku lupa buat bende alah ni. perasan x? hahahaha.

Monday, 13 June 2011

8 Dialog yang Terpendam, yang Teringin Diluahkan, Tapi Tak Berkesempatan.

haha patutnya wa post bende alah ni semalam. Tapi memandangkan my baby (laptop) terkunci dalam locker si syafiqah izhar yang balik KL x reti2 nak balik Kuantan balik, wa x dapek nak nolong. Jadi inilah dia 8 dialog yang wa nak cakap. Tapi x berani/ malu nak cakap depan2 atas sebab2 yang tertentu.

8. Kenapa awak pilih saya dulu kalau ada macam2 yang x kena dgn saya? :(

7. I love you my sistah.

6. Tolong la jangan pakai leging atau lengan pendek kalau pakai tudung. selekeh tahap gaban!

5. Saya suka awak sebenarnya.

4. Aku sayang semua member2 aku.

3. Abah..nak 1000..nak shopping..

2. Saya sayang awak. tapi awak terlalu kontrol saya. Awak tahu orang yang lahir bulan 12 x suka dikongkong?

1. Mama, time sem 1 dulu sebenarnya shira fail MTC 012.