Thursday 16 June 2011

5 Makhluk Tuhan yang Paling Aku Benci

Kalini contradict dengan post yang sebelum ni. Anda akan tertanya2 siapakah gerangan2 tersebut kerana aku x kan letakkan nama. Hanya manusia kat sebelah katil aku ni je yang tahu siapakah mereka. hahahah.

Manusia Malang Pertama
Aku jumpa dia nih time sem 1 kat UiTM Kuantan. Pada awal perkenalan aku rasa dia ni sangat2 baik orangnya. Sehinggalah satu hari dia buat satu perbuatan yang sumpah aku x kan lupa. Aku x kan sebutkan perbuatan tu sebab ianya agak memalukan. Aku ni susah nak benci orang kalau orang tu x de buat hal dengan aku. Tapi kalau sekali dia buat dajal dengan aku. Aku akan ingat sampai bila2. Kadang2 aku ada jugak terfikir kalau2 dia ada bela jin. hahahaha! Aku x nak cerita panjang2 pasal manusia nih sebab takut korang akan terpetik nama sesiapa. Pastu benda ni kecoh 1 UiTM kuantan. UiTM nih kecik. Semua orang kenal antara satu sama lain. Kalau ada berita hot kejap je dah tersebar. 

Manusia Malang Kedua
Aku mula kenal dia nih time form 4. Awal2 dulu dia baik je dengan aku. Tapi lama kelamaan beliau semakin kerek dengan aku. Aku senyum, dia jeling. Tatau la kalau dia x perasan aku senyum ke ape. Tapi walaupun kami masih berdekatan. Beliau macam seakan2 x pernah kenal aku. Dulu, aku pernah dengar orang cakap2 yang dia ada fitnah aku. Dia cakap aku suka menggatal dengan lelaki ngan aku suka tulis lucah2 kat facebook. Waddehel dude? kalau ada x puas hati ngan aku sebab aku lagi hot dari kau ke..baik cakap terus ngan aku..aku x kesah la. Tapi sampai fitnah2 aku nih amende? hahaha..Lepas dengar cerita tu aku gelak je. Sebab aku tau aku x macam tu. 

Manusia Malang Ketiga
Seperti biasa, mula2 dia baik dengan aku. Memang la dia baik dengan aku. Sebab dia ada hati dan perasaan kat aku. Beliau seorang lelaki yang sangat tinggi. Birthday beliau sama dengan aku. Aku kenal dia nih time form 3. Kami classmate. Aku selalu cerita kat dia pasal mr.moustache. Satu hari tu time kami baru habis tuisyen sama2, dia ternampak aku dengan mr.moustache tengah tunggu mak aku jemput. Tiba2 dia datang kearah kami. Ingatkan dia nak buat apa. Tiba2 je dia minta mr.moustache berdiri sebelah dia. Pastu dia ukur2 ketinggian dia ngan mr.moustache. Dia ejek2 mr.moustache "hahahahaa! pendeknyeee! mustab! macam mana ko boleh suka kat laki pendek ni?" . Lepas tu mr.moustache terus bla dari situ. Tanpa sepatah perkataan. Time tu aku rasa macam nak tumbuk perut dia yang keding tuh. Sejak tu aku x cakap langsung dengan dia.

Manusia Malang Keempat
reserved for the best.

Manusia Malang Kelima
reserved for the best.

Sebenarnya x ramai yang aku benci sebab aku ni penyabar orangnya. cepp..
Jadi janganlah kita saling benci membenci kerana perbuatan itu tidak baik untuk kesihatan jantung.


p/s: Jam susah pon menunjukkan pukul 1.45a.m. Memang besok aku tade kelas pagi kan?. hahaha..lepak la.


No comments: