Tuesday 31 May 2011

When Mustab was Such an Innocent Girl 2

Kejadian ni berlaku semasa aku berumur 7 tahun. Namun jumlah MSG dalam Mamee Monster yang aku consume pada jaman tersebut masih belum cukup untuk membuatkan aku short term memory lost. Karna itulah aku masih ingat satu soalan cepumas yang aku tanyakan kepada mak aku.

Waktu tu hari minggu. Jadi sedara mara aku datang rumah aku sebab ada makan2 kecil2an. TV kt rumah bukak citer mat saleh. Aku x ingat citer ape (gila hebat lah memory aku kalau leh igt). Sambil bermain2 dengan sepupu aku, aku terpandang ke arah tv. Time aku pandang tv tersebut aku ternampak sesuatu yang aneh. Sesuatu yang lain daripada apa yang diajar di sekolah. Memandangkan aku kanak2 innocent yang penuh dengan sifat ingin tahu, aku pon bertanya kepada mak aku. Depan makcik2 dan pakcik2 aku. Dengan suaraku yang lantang. Aku pon tanya

"Mama, knape perempuan dengan lelaki tu tido x pakai baju? ustad cakap lelaki dengan perempuan kene tutup aurat?"


Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi. Semua mata memandang kearah ku. Dan kemudian memandang mak aku. Tapi memandangkan mak aku seorang yang bijak dia hanya menjawab

"err...derang panas kot.hahaha =.='''' "


Tapi aku x puas hati dengan jawapan mak aku. Sebab aku pernah pergi negara barat. Negara barat sejuk. Mana ade panas.

"Tapi dulu shira pergi US sejuk je?"


Keadaan menjadi sunyi semula. Mak aku sungguh bijak mengkaver. Dia jawab

"errr...shira pergi time winter. ni time summer. derang summer panas tau. lagi panas dari malaysia. hahaha =.='''' "


Akhirnya mak aku berjaya menutup mulut aku. Mak aku terus tukar channel lain. Pandai mak aku kaver. hahaha. Tapi ingatkan aku sorang je macam ni. Rupanya sifat ingin tahu ni jatuh plak kat adik aku.

Time ni aku dah besar. Dah 18 tahun. Jadi bila tgk tv ngan mak aku. Nak dekat sampai kat scene yang ehem ehem. Aku terus cau pegi dapur. Pura2 nak gi buat milo. Tiba2 aku terdengar adik aku tanya kepada mak aku.

"mama, knape laki tu tolak2 perempuan tu?"


Aku didapur hanya menahan gelak. hahahaha!

Itulah sebabnya kenapa cerita2 orang putih kebanyakannya dirated 18 keatas. Ianya untuk keselamatan ibu bapa juga. Masalah besar akan timbul jika ditonton bersama anak2 yang mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi. hahaha.



Gambar hanyalah ilustrasi. Aku x de la comel macam ni time kecik. 

p/s: tau x lawak "017544 tekan2 x dapat?". aku la yang reka lawak tuh kat friendster dulu. haha. x nak caye x pe la.

Thursday 26 May 2011

Pembantu Kedai Menjengkelkan

Disebabkan takde manusia yang bermurah hati nak belanja saya. Saya hanya mampu mewindow shopping. Saya slalu menghabiskan masa saya di mall selama 3 jam tanpa membeli apa2. (buat muka mintak simpati). Tapi ada beberapa sifat sales assistant yang kadang kala membuatkan saya ketiadaan mood untuk window shopping. Jika mood saya hilang saya akan duduk melepak di food court sambil menyedut air tebu bercawan2. Ini akan membuatkan saya kehabisan uwang dan kehilangan kaki suatu hari nanti.

1. Kemana2 sahaja kita pergi dalam kedai tu mereka akan ikut. Lebih kurang macam si raksaksa kuning gemok dalam iklan DiGi tuh. Tapi si kuning gemuk tu invisible. X de la rasa annoying. Aku ni jenis manusia yang senang tertarik dengan barang2 aneh macam barang2 dalam kedai S&J. Ada telefon bentuk tengkorak, pen bentuk pizza, model kereta antik and many more money-wasting things. Bila dah tengok tu aku rasa macam nak sentuh la plak (tangan gatal). Tapi bila si pembantu kedai nampak jari jemari kecil aku sentuh je objek2 tu mata mereka terus fokus kat aku. Apa mereka nampak muka aku ada macam muka pencuri ke?

2. Mereka ni sama macam diatas. Tapi lagi annoying dari sebelum ni. Sebab mereka bukan sahaja boleh melihat. Malah mereka boleh berkata2! ajaib bukan? Selalunya kalau aku masuk kedai bukan nak beli apa2 pon. Aku suka tengok2 je. Kadang2 tu niat aku nak masuk kedai tu untuk main2 tester je. Nak beli x de duit. For like 5 minutes si pembantu kedai akan follow kemana sahaja kita pergi. And then mereka akan cuba untuk 'menceriakan keadaan yang sunyi' dengan bertanya "yesss?" . Aku pon hanya menjawab "i'd just like to browse". Ingatkan lepas cakap macam tu sales assistant tu nak pergi main jauh2 la kan. Tapi sebaliknya mereka menceritakan tentang produk2 yang baru dan offer2 yang ditawarkan. Geram syiall. Nak je aku cakap. "Oh please you f*cking annoying talkative thing, give me some peace! One more thing, stop using the word "yes" when people doesn't ask you anything!" 





3. Kadang2 bila ada duit aku nak beli la sesuatu. Tapi lepas dah round2 satu kedai aku x jumpa pulak barang yang aku nak tu. Aku pon tanya la kat manusia yang kerja kat situ. "kak, bebola pembuang daki ada jual kat sini x?" and then si sales assistant ni buat muka macam aku tanya "534m (553f+8747e) =?" plak kan. Selepas fail menjawab soalan aku dia pon memanggil sales assistant yang lain. "cuba tanya akak ni" and then aku terpaksa mengulangi soalan yang sama . Selepas fail menjawab dia panggil sales assistant yang lain. "cuba tanya akak ni lak" . Aku pon terpaksa ulang lagi soalan aku. Then akak yang lain tu pon fail. Waddefak?! kalau dah kerja situ rajin2 la survey barang apa yang ada jual kat situ. Sungguh macam tahi. Aku pon hanya mampu tersenyum palsu sambil berkata "terima kasih banyak". Padehal sebenarnya dalam hati mencarut2.

4. Last but not least, aku ni perempuan. Jadi aku sangat sangat sangat sedikit pantang kalau sales assistant pangkat2 makcik yang muka dah ada garis2 halus panggil aku 'akak' dan 'puan'. Deyy minnachi..aku baru 19 tahun la. Masih tunggu orang masuk meminang. Aku ada nampak macam makcik umur 50an beranak 6 ke? kalau mereka panggil aku cik ke, adik ke, baru semangat skit aku nak tengok barang2 kat kedai mereka tu. Atau mungkin mereka remaja lepasan SPM yang menghidap penyakit Hutchinson Gilford Progeria? Kasihan juga.

p/s: Do you know that ants can enter your ears and invade your brain? That's why I hate them.

Tuesday 24 May 2011

mencarut dalam pelbagai bahasa (shitty cool website)

Semalam ruck terjumpa satu website yang sangat awesome. Website tu mengajar kita mencarut dalam 625 different languages (hentam je senanye. aku pon malas nak kira). Ia memerlukan kaedah voting daripada pengunjungnya untuk memberikan translation yang paling tepat. Dari bahasa Tamil ke bahasa Estonian ke bahasa Melayu semuanya tepat. Saya ada beberapa print screen untuk membuktikan ketepatannya.
















dayim cool rite?

p/s: Ask for the address if you want to learn more.

Saturday 21 May 2011

When Mustab was Such an Innocent Girl.

Harini aku nak citer sikit pasal aku dulu2. zaman sebelum aku pandai memakai high heels dan sebelum aku pasti bagaimana rupa 'getah tu' yang sebenar. sbb dalam majalah selalu die tunjuk bulat2 warna warni je.


aku dulu sangat innocent. tapi tidak lagi setelah ada beberapa anasir yang mengubah aku jadi skarang ni. thanks to them jugak la aku x de la narrow minded sangat skang. pengetahuan aku jugak semakin mengembang sebab anasir2 aka. member2 aku ni lah. kalau derang tade agaknye sampai skarang aku tatau BJ tu ape. hahahaha..skarang pon aku tatau. (penipu besar).



aku start tau perkataan 'ilmiah' ni dari aku form 4. si anasir2 jahat dalam kelas aku tengah bercerita pasal redtube whatsoever yang time tu aku tatau pekebende alahnye tu. (kalau anda tatau redtube tu apa. try google keh?). aku datang ke meja derang untuk tanya sape yang ade buku latihan matematik lengkap untuk aku copy. pasal besok nak kene hantar ke pengetua untuk dicop. tapi buku matematik aku hanya ade index yang x berisi dan petak2 kosong yang bersih. time aku datang ke meja derang aku dengar bebudak ni cakap BJ BJ..aku yang innocent ni pon tanye kat derang. "BJ tu ape do?" . dan mereka yang berilmu pengetahuan blue ni pon gelakkan aku. "sirius shit ko tatau BJ tuh ape?. x kan uqbah x penah btau kau?" . "balik ni ko try tanye mak ko BJ tu ape eh?".pastu derang gelak berdekah2 kat aku macam aku ni pakai shortpants lak kan gi skolah tu.

balik tu seperti biasa mak aku jemput. masa tu aku sangat lurus bendul. kalau ade promoter cakap muka aku macam angelina jolie pon aku leh terpedaya untuk beli produk mereka yang macam shit. aku pon tanye la mak aku "mama, BJ tu ape?". then mak aku ckp. "baju kot? ntah la. mama tatau bahasa sms zaman skarang ni." mak aku ingat bahasa sms. then aku senyap je. balik tu aku terus mesej mista moustache aku. "BJ tu ape?". then die terus balas. "sape yang ajar nih?!". aku pon menunding jari kepada classmate2 aku. mista moustache kata aku x perlu tau. die cuma bg hint. die kata tu perkataan lucah. jangan tanya mama. tapi dah terlambat. aku dah pon tanya tadi. hahahah..thank god mak aku pon tatau. keesokan harinya yang si anasir2 jahat ni kesian tengok aku terpinga2. derang pon btau la aku apa yang dimaksudkan dengan BJ tu. and i was like "ASTAGHFIRULLAHALAZIMMMMM!!". tambah lagi satu tompok kotoran besar dalam otak aku. (naseb baik aku x terfikir nak search kat google sebelum ni. kah kah)

inilah dia classmate2 aku time form 4 dan form 5. mereka genius dari pelbagai subjek. sains, matematik, history and pornography. well, bukan semua. ada yang masih dapat mengekalkan kesucian minda mereka. haha.


the camera is falling down. that's why.

p/s: Tigers love pepper. They hate cinnamon.

Thursday 19 May 2011

Wednesday 18 May 2011

They're Eeeevil. Fuckin' Eeeevil. (Part 2)

Pruttt..(nape bukan burpp? yaaa!! karna ada rahsia disebalik itu) Alhamdulillah..saya baru balik dari makan pizza hut. Hari ni kalendar menujukkan 'wednesday'. Jadi saya dapat makan pizza super supreme dengan harga diskaun 50%. Tapi still x dapat kalahkan domino yang murah dan berkeju melimpah ruah. haha. Bagi gue manusia yang tak suka pizza dah kehilangan separuh daripada kehidupannya. Tapi bagi mereka ni ada makanan lain yang lebih enak dan nikmat daripada pizza. Apakah 'makanan' itu?

Albert Fish
Albert Fish keluar dari rahim ibunya yang malang di Washington D.C. pada 19 Mei 1870. Beliau merupakan salah seorang daripada pembunuh siri yang terkenal di AS. Masyarakat lebih mengenalinya dengan nama 'The Gray Man', 'The Warewolf of Wysteria', 'The Brooklyn Vampire' dan 'Boogeyman'. Manusia berhati dajjal ni bukan sahaja membunuh, malah beliau adalah seorang pedophile dan cannibal. yang paling taleh bla orang tua berjanggut tajam ni akan berasa bangga dan puas apabila melakukan pembunuhan. Beliau telah membunuh ramai orang dan yang membuatkan beliau tertangkap ialah kes culik,bunuh dan makan seorang kanak2 perempuan malang berusia 10 tahun bernama Grace Budd. 6 tahun selepas Grace hilang, beliau menghantar surat kepada keluarga kanak2 itu menceritakan tentang "kepuasan" beliau membunuh dan menjamah mayat Grace. Surat tu menolong polis untuk mengesan kat mana si jahanam ni menyorok dan akhirnya beliau mati diatas kerusi letrik pada 16 Jan 1934. Isi surat beliau original (lengkap dengan misspellings dan grammatical errors) yang menyakitkan hati dan rasa macam nak korek biji mata dia apabila baca ada kat sini.


Issei Sagawa
Sagawa seorang pelajar dari Jepun yang graduate degree dalam bidang English Literature di Paris. Pada 11 Jun 1981, beliau telah mengajak seorang classmate beliau yang cun melecun, Renée Hartevelt datang kerumah beliau untuk dinner sambil2 berbincang pasal literature. Tetapi apabila Renée jejak je kaki kat rumah Issei, beliau terus tembak wanita malang tu kat leher dengan senapang gajah beliau. apabila diinterview, setan sepet ni mengaku beliau membunuh Renée hanya untuk menjamah dagingnya. Tapi kenapa Renée? ini kerena baginya Renée ialah seorang yang cantik dan sihat, iaitu ciri2 yang Issei x ada. Beliau mengaku bahawa dirinya lemah, pendek dan x hensem. jadi untuk mendapatkan kehensemannya itu, beliau mesti makan daging seseorang yang cantik. Aku pon tatau la dari buku mane die dapat petua kecantikan tu. Beliau start dengan makan kaki wanita tu selepas menjalinkan hubungan intim dengan mayatnya. shit. Selepas 2 hari, beliau memakan bahagian badan wanita tu yang lain. Bagi si pendek ni daging wanita tu sangat lembut dan x berbau macam tuna. Dah, aku x de selera nak makan tuna dah lepas nih. Pada suatu malam yang hening, Issei nak buang mayat Renée ke dalam tasik, tetapi kantoi pulak ngan polis French. The worst part, maybe the worst example of injustice in the legal history ialah beliau dibebaskan dari institut sakit mental disebabkan oleh paperwork error. Sekarang beliau sedang hidup sebagai rakyat bebas dijepun. sangat sangat sangat damn bukan?
Dibawah adalah gambar2 mangsa milik Issei Sagawa. (kalau anda lemah semangat jangan tengok)










Baca kisah kanibal2 yang extreme ni membuatkan kepala aku migrain. Lakhanat betul setan2 ni!

p/s: Pembaca dinasihatkan untuk TIDAK SESEKALI meniru perangai haram jadah mereka.

Tuesday 17 May 2011

Mereka Nampak Serupa? (30 look alike photos)

mereka memang pelanduk dua serupa atau adik beradik terpisah? some of them both are actor/actress. itu menyebabkan saya keliru dan kadang2 bergaduh dengan kakak saya apabila kami tengok movie.

Ruck: Tu ape nama die..haaa Kiera Knightley kn?
Me: X la.. tu Natalie Portman.
Ruck: X la.. Kiera la..
Me: Natalie la wehh..
Ruck: aku rasa Kiera la..
Me: Lantak ko la.

mari kita tengok pasangan mana yang paling nampak sebijik.


1.

2.


3.

4.

5.

6.

7.

8.


9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

p/s: Photos taken from Google. Thanks googly bear.

Friday 13 May 2011

They're Eeeevil. Fuckin' Eeeevil. (Part 1)

Kalau bagi manusia lain cuti sem selama 2 bulan stengah ni sangat seronok. Bagi aku pulak cuti sem ni sangat membosankan. selain x dapat tengok muka pakcik jaga yang hensem, aku jugak dijadikan buruh paksa selama aku kat rumah ni. jadi untuk tidak dijadikan mangsa mop lantai, sapu rumah dan sebagainya, 70% masa aku dihabiskan depan laptop sambil mengurungkan diri dalam bilik. Aku on internet bkan untuk facebooking je. Aku suka google pasal benda2 macam ni. Bagi aku kisah2 mereka sangat menarik dan menyeramkan. Memandangkan aku ni pemurah orangnya. Aku rasa macam nak kongsi sikit ape yang aku dah baca.
Delphine LaLaurie
Delphine ialah seorang wanita biasa yang bertapa di New Orleans. Rupa beliau sangat manis. Namun, siapa sangka rupanya beliau menjadikan rumahnya yang gedabak tu sebagai tempat untuk menyeksa mangsa2 beliau. Pada tarikh 10 april 1834 dapur rumahnya telah terbakar. Ahli bomba terjumpa 2 orang hamba Delphine diikat di tungku masak rumah beliau. 2 orang hamba tu rupanya sangat genius kerana mereka sengaja membuat kebakaran supaya Delphine ditangkap. Kemudian, bomba2 tersebut telah dibawa oleh hamba2 delphine yang lain untuk tengok sesuatu yang sangat menyeramkan. jeng jeng jeng...
Rupa2nya ada lebih sedozen hamba Delphine yang dah dicacatkan diikat dan dirantai didinding dan lantai. DICACATKAN! bukan tu je. Lagi seram ade yang dijadikan bahan eksperimen pelik beliau. Ade sorang lelaki malang dipotong 'anu'nya dan ditukarkan jantinanya. Ade jugak sorang perempuan dikurung dalam sangkar kecik, tangan dan kakinya dah dipotong dan disambungkan semula supaya nampak macam ketam. Then ade lagi sorang mangsa die dipotong tangan dan kakinya. Badannya pon dipotong untuk menyerupai 'ulat bulu'. Ada mangsa lain yang mulutnya dijahit dan ada juga yang mati kelaparan. Ade yang tangannya dipotong dan disambungkan semula ke bahagian badannya yang lain. Kebanyakan mangsanya dah mati tapi ade jugak yang masih hidup dan merayu supaya dibunuh kerana mereka x dapat tanggung kesakitannya. Walaubagaimanapun betina buas ni terlepas dari muka pengadilan. Shit bukan?



Shiro Ishii
Ishii seorang yang genius. Malah beliau ialah seorang microbiologist dan pegawai leftenan Unit 731 iaitu unit biologi perang untuk Imperial Japanese Army semasa  Sino-Japanese War yang kedua. Salah satu kekejaman beliau semasa peperangan tersebut ialah melakukan pembedahan keatas banduan tanpa anesthesia HIDUP-HIDUP! kalau ade banduan yang mengandung beliau akan bedah perut perempuan tu dan keluarkan bayinya. HIDUP-HIDUP!!! Beliau jugak mempunyai hobi pelik sama macam Delphine iaitu beliau suka main cabut2 kaki dan tangan mangsanya pastu pasang kat bahagian lain. bukan tangan ngan kaki je..ade yang dipotong perutnya dan kemudian esophagus disambungkan ke ususnya. Hape die ingat orang tu Lego ke?. Ade banduan yang bahagian badan dipotong dan dibekukan kemudian dipanaskan semula sebab si genius ni nak kaji pasal kereputan. Eiii..x cukup ngan permainan 'lego' , beliau juga jadikan banduan2 sebagai tempat untuk melepaskan geram. Habis grenade sume dibaling kat banduan2 tuh. Ada banduan yang disuntik virus untuk dikaji kesannya. Sebenarnya bukan tu je yang pakcik misai ni buat. Banyak lagi dosa beliau. Aku pon x larat nak citer. Anda boleh baca sendiri kat sini. Walaubagaimanapun disebabkan immunity yang bedebah nih ade, beliau x dipenjarakan. Beliau disahkan menjadi bangkai pada usia 67 tahun disebabkan cancer tekak.

Sebenarnya banyak lagi kisah yang aku nak cite. Tapi jam kat bawah ni dah tunjuk kul 4.13a.m.
 kepala aku pon dah naik weng. Besok2 aku cite lagi k?

p/s: Syampu L'oreal yang iklan die ade Aishwarya Rai pakai baju merah tu bagus. aku bagi 5 bintang.

Wednesday 11 May 2011

Segmen Review Blog Bebelan Sahaja

memandangkan saya ni bayi lagi dalam dunia blogging ni, saya perlukan seseorang yang lebih pakar untuk menilai blog saya. Tolong komen blog saya encik Arif yang macho dan tough. x percaya die ni tough? nah tgk saja header blog die. tough bukan? :D




p/s: virus serang laptop saya. dengki betul virus tengok saya syok memblogging.

Monday 9 May 2011

lirik2 lagu yang menjengkelkan.

Ruck (nama manja bagi raksaksa) pernah cakap kat saya macam ni: "ko ni pelik la. layan tahpape lagu tah. oldies pon ko leh layan."
Bukan apa seh. Lagu-lagu skarang kebanyakannya menggelikan lubang telinga aku. Sejak terciptanya teknologi yang diberi nama autotune mereka semacam jakun untuk menggunakannya. Macam kanak2 yang baru dapat kasut sneakers beroda zaman aku skolah rendah dulu. gi pasar malam pon nak pakai kasut tuh. kesan kejakunan mereka itu maka terhasil lah lagu2 sekarang yang terlebih autotune.


Walaupun lagu2 skarang kebanyakannya 'catchy'2 belaka disebabkan beat dan rythmnya, saya sebenarnya lebih fokus kepada liriknya. pada pandangan saya lirik lagu sekarang ada sesetengah yang x mempunyai makna. ada juga yang sangat menjengkelkan dan menunjukkan kebodohan penulis lirik lagu tersebut. mari kita lihat lirik manakah yang menjadi sasaran.

"I'm just a Holy Fool, oh baby he's so cruel
But still I'm in love with Judas"- Lady Gaga

Sape x kenal Lady Gagap. spisis setan betina yang menyesatkan manusia melalui lagu2 beliau. walaupun lirik macam hampeh. tapi ramai jugak manusia like dia kat facebook. kalau ikutkan sejarah agama mana pon Judas tu pernah betray Jesus dulu. walaupun begitu si gaga nih tetap mengagung2kan judas. jadi sebenanya beliau agama mana?. dasar puppet illuminati.

"Pockets on Shrek, Rockets on deck
Tell me what's next, alien sex"- Kenye West part in E.T.

Penulis lirik lagu ni dah takde modal nak buat pantun 2 kerat agaknya. aku malu dengan lirik2 skarang. x de pasal lain. sex sex sex perti parti parti sex parti. menyampah syial. naseb baik aku ni kat Malaysia. sekurang-kurangnya radio tempatan mainkan lagu E.T. versi yang x de niger nih. kalau x malu gila kot kalau terdengar lagu ni kat mall time tengah jalan2 ngan parents.


"Imma be imma be imma imma imma be..."- BEP

wadde....?? =.=


 
"I’d catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya
I’d jump in front of a train for ya
You know I'd do anything for ya
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same."- Bruno Mars

Berdasarkan lirik ni aku dapat conclude nape awek mamat nih tinggalkan die. hal ini kerana perempuan tuh x gemar lelaki yang berIQ rendah. bayangkan hari2 die terpaksa dengar lelaki tu cakap "i love YA", "YA nampak cantik harini". jadi pada malam mereka memutuskan hubungan awek die pon telah berkata. "YA YA YA! pergi la cari awek name YA! meluat I". dan karna itulah mereka putus. lagi satu sebab kenapa aku rasa lelaki ni kurang tahap kecerdikannya karna aku teringat kata2 hikmah cikgu matematik aku dulu: 
"sebelum kita nak jatuh cinta kat pasangan kita. kita patut cintakan diri kita sendiri dulu"
tapi ramai sangat manusia yang bajet2 mat romeo ngan minah juliet. sebab tu la banyak kes2 bunuh diri sebab putus cinta jaman skarang nih.

"so cut the chase kid, 
'cuz i know you don't care what my middle name is
I wanna be naked and you’re wasted."- Ke$ha

Bengong. nak bogel pon kecoh. =.=

"Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday (Partyin')
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today
Tomorrow is Saturday
And Sunday comes after ... wards
I don't want this weekend to end"-
Rebecca Black 

Rebecca Black sememangnya sangat gemar berpesta. walaupun saya sangat anti pada lagu2 berkisarkan keinginan untuk berpesta yang kuat, lagu ni telah membantu saya untuk mengenalpasti hari mengikut susunannya yang betul. sekarang saya sudah tahu bahawasanya selepas hari jumaat rupanya hari sabtu. selama ni mati2an saya ingat hari rabu. Terima kasih rebecca black!




p/s: Happy birthday mista moustache!



Sunday 8 May 2011

Pakcik buncit x sedar diri.


Aah KLCC. Tempat budak sekolah bajet2 shuffle lepak sebelum terbinanya Pavi. Walaupun aku asal dari KL tapi aku dah lame babs x jejak kaki kt tempat ni. Banyak benda dah berubah. Makhluk2 yang suka lepak kat sana pon dah berubah dari bebudak shuffle kepada mat2 bangla. Niat aku pergi sini tadi bukan sebab nak join bangla2 tuh lepak. Sebenarnya ayah aku yang ajak sebab adik aku nak sangat pergi Petrosains. Tapi memandangkan aku dan kakak aku kedua2nya amek jurusan undang2. Kami merasakan bahawa ilmu saintifik tidak lagi relevan kepada kami. Dari membuang masa kat Petrosains baik pergi tgk fast five.

Citer ni la aku pergi tengok ngan kakak aku tadi. Mesti semua orang cakap "pehh gempak siot cite ni". Aku pon teringin nak cakap macam tu. Tapi apakan daya. Sepanjang aku tengok wayang x pernah lagi aku merasakan pengalaman pahit seperti tadi.

Pehh..rase nak baling najis kat muka die. Eh..bukan kat muka Vin Diesel tu. Cerita ni memang best. X dapat dinafikan. Tapi tahi tu aku nak baling kat sorang pakcik yang duduk blakang aku time dalam wayang tadi.

Ape perasaan korang kalau tengah syok2 tengok wayang. Citer box ofis tuh. Tetibe ade sorang tukang karut kat blakang?.Ni la yang aku rasa macam nak blow out tadi. Bukan setakat tukang karut je. Tukang bacakan subtitle "KEPARAT! KEPARAT!", tukang kritik terlebih tauliah "FULAMAK STUNTMAN DIAA..!", dolby digital sound efek free pon die jugak! "KEBABOMMMM!!!". Kalau cakap slow2 takpe. Ini macam nak bagi satu hall dengar. Kuat gila beb (sebab tu aku pakai hurop besa). Aku rasa bile die dah beli tiket 13 ringgit tu die rase macam die dah sewa satu hall tu kot. Leh buat macam rumah sendiri.

Well, die dah macam tu selama 45 minit cerita tu start pon aku still boleh sabar lagi. Walaupun dalam hati dah mencarut2. Aku sabar pon bukan ape. Aku fikir aku ni perempuan. Pakai tudung lak tuh. Kalau aku mencarut kat pakcik tu depan2 orang ramai nanti orang fikir ape pulak. Kan orang pakai tudung kat meleisia nih kene jadi 'angel'. Kalau mencarut2 sikit mula la cakap "pakai tudung tapi agama tah kemana". Aku x nak memalukan diri sendiri. Jadi baik aku sabar.

"HAAA TU DIAAA!!!" Pakcik tu menjerit lagi bagaikan disampuk jin tocet. Rupenye kakak aku kat sebelah pon dah hilang sabar kat pakcik tu. Ape lagi. Die sound la pakcik tuh. Sambil menunjukkan muka bengang plus annoyed die cakap.
"mintak maaf, tolong senyap sikit boleh tak?"
.
Then ingatkan lepas kene sound die nak diam la kan. Tapi x. Sememangnya pakcik nih mulutnya x boleh duduk diam. Die buat macam pekak lak. Tantah memang pekak kot sebab die tengok citer tuh die bace subtitle je pon.

Pastu tetibe pakcik tuh nak ejek2 lak yang kakak aku cakap tadi "mintak maaf tolong diam sikit boleh tak". 4 kali kot die ulang ayat yang sama. Kakak aku dah cukup berbudi bahasa la tu tegur die cara baik. Kakak aku bengang gile la kan. Die cakap la kat pakcik tuh. "saya cakap baik2 kan tadi?" Then pakcik tu tiba2 gi sebelah kakak aku yang duk tepi hujung skali. Sambil berdiri dengan perut buncitnya terjojol macam orang mengandung 5 bulan die cakap kat kakak aku "oo obesiti..huh.padan la..". Aku x kesah kalau aku sendiri yang kutuk kakak aku. Tapi kalau orang lain yang hina kakak aku memang aku rasa fuck gile la kan. Then aku pusing aku cakap kat pakcik tuh "pakcik, sebelum nak hina orang lain. cermin la dulu perut pakcik yang buncit tu". Sumpah aku rasa time tu macam nak baling najis kat muka die. Lagi elok kalau najis hanjeng. Dah tua2 bangka nak mampos mulut bukan main kuang aja.

Lebih kurang macam ni tahap keboncetan pakcik tadi. Tapi muka die x sama langsung ngan Brad Pitt.

Then lepas habis tengok wayang kulit tadi aku ngan kakak aku pon reach ayah aku sebab die dah ajak balik. Dalam perjalanan nak balik tetibe nampak ade ramai orang berkerumun depan condo Hampshire Park (condo mewah kat jalan ampang). Siap ade polis punye riben kuning mcam dalam CSI tu. Bomba ngan polis bukan main banyak. Mungkin ada orang nak bunuh diri. Memandangkan kami keluarga yang busybody bersifat ingin tahu kami pon memberhentikan kereta untuk pastikan apa yang terjadi. Ayah aku pon tanye orang kat situ ape kes. Orang tu cakap "ade bom meletop kat dalam condo tuh. sorang mati". Woah! ni lagi hebat dari kes bunuh diri. kompem masuk headline surat kabar besok. 

 manusia2 busybody macam kami gak

cool x?

aku terserempak ngan Thor dpan TGV. tapi matanya agak sepet. janggut pulak macam x shave 3 tahun.


p/s: lepas tengok fast five rilek jap tunggu sampai lagu rap tuh habis. ade lagi sambungan die.