Tuesday 14 June 2011

7 Perkara yang aku tahu tentang diri Aku.

Rummet aku si wawa sebok nak baca aku tengah taip ape kat blakang nih.
"BLA LA WAWA!"
okeh. die dah bla. haha. mari kita mulakan cabaran hari ketiga ini dengan penuh ketenangan. 7 perkara yang aku tahu tentang diri aku. yang orang lain mungkin x tahu. hanya Tuhan sahaja yang tahu. inilah dia 7 fakta tentang diri Mustab.

7. Aku sangat takut serangga besar2 yang nampak tough. Macam lipas, tebuan, kumbang besar...

6. Walaupun aku agak anti dgn korea. Tapi aku terpaku jugak tengok My Girl. kah kah kah!

5. Aku punya taste lelaki yang kulit sawo matang, kening tebal, bahu tegap. ADA MISAI. hahaha! (sbb tu aku x suka tgk korea..laki die sume kulit putih gebu, kening trim dan yang paling penting x de misai.hahaha)

4. Aku boleh survive makan telur masin (merah die) digaul dengan nasi putih sahaja. x de lauk lain.

3. Kesan parut sebelah bibir kiri aku disebabkan oleh bisul yg aku kena time form 5. Bisul jahanam tu buat mulut aku jd senget slama 2 minggu. Selama 2 minggu tu aku ponteng skolah sbb malu yg teramat. hahaha.

2. Kesan parut kat pergelangan tangan aku belah kanan tu lak sebab kena gigit lipas time aku kecik. sebab tu aku sangat anti dengan lipas skang. (banyak betul parut..harap2 x efek harga nnt..hahaha)

1. Aku sangat pandai klentong untuk selamatkn diri sendiri. kah kah kah!

p/s: selama 2 post aku lupa buat bende alah ni. perasan x? hahahaha.

No comments: