Saturday 11 June 2011

9 peristiwa silam yang tidak dapat dilupakan

9. Bergaduh dgn budak tadika aku. Aku baling pensel kat dia smpai gigi dia berdarah. Semua orang tanya kenapa. Aku pon dgn muka suci pura2 x bersalah. hahaha.
*nama budak tu safiyah kot. aku pon lupa. sori la safiyah sbb bt dajal ngan ko dulu. haha*

8. Pecahkan pasu kesayangan makcik aku kat kampung. Aku dah rasa bersalah gila dah time tu. Nak shishi pon x lawas. Tapi bila makcik aku tanye sape yang pecahkan. Sepupu aku cakap dia yang terlanggar. Aku rasa selamat gila. haha
*mmg kau sepupu terbaik la fatin farhanah!*

7. Korek hidung kat airport LA. Bila kena tegur dgn makcik aku. aku ckp "biar la!" sambil lekatkn hasilnya pada baju sejuk.
*ni masa aku 3 tahun. mane tau malu bile mat saleh hensem pandang aku time tu*

6. Jam 2 pagi. Ada orang ketuk pintu bilik aku. Tapi aku x buka. Lepas tu aku dengar ada benda melompat2 turun naik tangga depan bilik aku. Lepas dia naik dia ketuk lagi pintu aku. Sepanjang sejam tu aku terdiam kaku. X mampu nak bergerak. Kalau aku buka pintu makhluk apa yg aku akan nampak?
*mcm mana nak fikir positif kalau air dlm botol sebelah aku boleh bergegar?*

5. Aku bagitau semua orang yang aku x jadi pindah sekolah. Semua member2 aku dah happy sbb aku x jd pindah. Bila ayah aku jemput dr sekolah petang tu. Ayat pertama yang keluar dr mulut dia "abah dah amek sijil berhenti sekolah. besok masuk sekolah setiawangsa."
*gila x kene maki ngan derang..hahaha*

4. Masa aku darjah 3. Hari jumaat. Ribut petir kuat gila sampai pokok dpan skolah aku tumbang. Masa tu aku kat dlm kelas. Semua orang dalam kelas menangis2 panggil mak sebab mati2an ingat kiamat dah tiba.
*time tu aku paling risaukn kucing aku*

3. Mista moustache yg time tu kerek nak mampos nak tgk lukisan shin chan aku. Dengan bangganya aku pon bagi dia pegang. Pastu die komok2kn die baling kat aku.
*haha..kisah cinta aku ni.*

2. Ni lagi satu yg melibatkn mista moustache. Aku tinggalkn beg dalam kelas. Bila aku balik bukak beg aku. aku terjumpa selipar jepun pak guard yang basah. Aku terus baling selipar tu kt muka dia.
*hahaha..lagi satu kisah cinta aku.*

1. Nenek aku meninggal selepas 3 tahun lumpuh. Dia meninggal depan mata aku. Aku yang bisik syahadah kt telinga dia. Macam air paip air mata aku time tu. Aku pegang tangan dia. Usap2 kepala dia. Dia meninggal dengan tenang. Aku doakan wan tergolong dalam orang2 yang beriman. Amin.
*dah. aku nangis dah ni.*


No comments: