Friday, 13 May 2011

They're Eeeevil. Fuckin' Eeeevil. (Part 1)

Kalau bagi manusia lain cuti sem selama 2 bulan stengah ni sangat seronok. Bagi aku pulak cuti sem ni sangat membosankan. selain x dapat tengok muka pakcik jaga yang hensem, aku jugak dijadikan buruh paksa selama aku kat rumah ni. jadi untuk tidak dijadikan mangsa mop lantai, sapu rumah dan sebagainya, 70% masa aku dihabiskan depan laptop sambil mengurungkan diri dalam bilik. Aku on internet bkan untuk facebooking je. Aku suka google pasal benda2 macam ni. Bagi aku kisah2 mereka sangat menarik dan menyeramkan. Memandangkan aku ni pemurah orangnya. Aku rasa macam nak kongsi sikit ape yang aku dah baca.
Delphine LaLaurie
Delphine ialah seorang wanita biasa yang bertapa di New Orleans. Rupa beliau sangat manis. Namun, siapa sangka rupanya beliau menjadikan rumahnya yang gedabak tu sebagai tempat untuk menyeksa mangsa2 beliau. Pada tarikh 10 april 1834 dapur rumahnya telah terbakar. Ahli bomba terjumpa 2 orang hamba Delphine diikat di tungku masak rumah beliau. 2 orang hamba tu rupanya sangat genius kerana mereka sengaja membuat kebakaran supaya Delphine ditangkap. Kemudian, bomba2 tersebut telah dibawa oleh hamba2 delphine yang lain untuk tengok sesuatu yang sangat menyeramkan. jeng jeng jeng...
Rupa2nya ada lebih sedozen hamba Delphine yang dah dicacatkan diikat dan dirantai didinding dan lantai. DICACATKAN! bukan tu je. Lagi seram ade yang dijadikan bahan eksperimen pelik beliau. Ade sorang lelaki malang dipotong 'anu'nya dan ditukarkan jantinanya. Ade jugak sorang perempuan dikurung dalam sangkar kecik, tangan dan kakinya dah dipotong dan disambungkan semula supaya nampak macam ketam. Then ade lagi sorang mangsa die dipotong tangan dan kakinya. Badannya pon dipotong untuk menyerupai 'ulat bulu'. Ada mangsa lain yang mulutnya dijahit dan ada juga yang mati kelaparan. Ade yang tangannya dipotong dan disambungkan semula ke bahagian badannya yang lain. Kebanyakan mangsanya dah mati tapi ade jugak yang masih hidup dan merayu supaya dibunuh kerana mereka x dapat tanggung kesakitannya. Walaubagaimanapun betina buas ni terlepas dari muka pengadilan. Shit bukan?



Shiro Ishii
Ishii seorang yang genius. Malah beliau ialah seorang microbiologist dan pegawai leftenan Unit 731 iaitu unit biologi perang untuk Imperial Japanese Army semasa  Sino-Japanese War yang kedua. Salah satu kekejaman beliau semasa peperangan tersebut ialah melakukan pembedahan keatas banduan tanpa anesthesia HIDUP-HIDUP! kalau ade banduan yang mengandung beliau akan bedah perut perempuan tu dan keluarkan bayinya. HIDUP-HIDUP!!! Beliau jugak mempunyai hobi pelik sama macam Delphine iaitu beliau suka main cabut2 kaki dan tangan mangsanya pastu pasang kat bahagian lain. bukan tangan ngan kaki je..ade yang dipotong perutnya dan kemudian esophagus disambungkan ke ususnya. Hape die ingat orang tu Lego ke?. Ade banduan yang bahagian badan dipotong dan dibekukan kemudian dipanaskan semula sebab si genius ni nak kaji pasal kereputan. Eiii..x cukup ngan permainan 'lego' , beliau juga jadikan banduan2 sebagai tempat untuk melepaskan geram. Habis grenade sume dibaling kat banduan2 tuh. Ada banduan yang disuntik virus untuk dikaji kesannya. Sebenarnya bukan tu je yang pakcik misai ni buat. Banyak lagi dosa beliau. Aku pon x larat nak citer. Anda boleh baca sendiri kat sini. Walaubagaimanapun disebabkan immunity yang bedebah nih ade, beliau x dipenjarakan. Beliau disahkan menjadi bangkai pada usia 67 tahun disebabkan cancer tekak.

Sebenarnya banyak lagi kisah yang aku nak cite. Tapi jam kat bawah ni dah tunjuk kul 4.13a.m.
 kepala aku pon dah naik weng. Besok2 aku cite lagi k?

p/s: Syampu L'oreal yang iklan die ade Aishwarya Rai pakai baju merah tu bagus. aku bagi 5 bintang.

6 comments:

Reen Rostarizam said...

thumbs up mustab! sambung lagi entry nie share tau!

Mustab said...

orait! besok aku sambung..penat dah aku malam ni melantak seafood kat melaka. pehh..heaven.

jeRza said...

Owh . lepas bace rase nak wat ape yang diorang ni wat kat diorang plak . bagi diroang rase . Boleh saye mencarut ? So f**king Shet la diorang . Emo*

Mustab said...

yep..yg x puas hati kes2 mcm ni slalu org jahat tu paling2 pon akn masuk asylum je sbb derang nih disahkan sakit mental. x adil kn?

hahah..jangan risau..just say the f word here. ini mmg blog mencarut..penulisnya pon suka mencarut..hahahaha..

Mrs.PaPaDom said...

u know what mustab..u are the great law student. :) mmg patutla amek law ek?

Mustab said...

tengkiu puan papadom. haha. law dgn saya ada chemistry. :D