Sunday 8 May 2011

Pakcik buncit x sedar diri.


Aah KLCC. Tempat budak sekolah bajet2 shuffle lepak sebelum terbinanya Pavi. Walaupun aku asal dari KL tapi aku dah lame babs x jejak kaki kt tempat ni. Banyak benda dah berubah. Makhluk2 yang suka lepak kat sana pon dah berubah dari bebudak shuffle kepada mat2 bangla. Niat aku pergi sini tadi bukan sebab nak join bangla2 tuh lepak. Sebenarnya ayah aku yang ajak sebab adik aku nak sangat pergi Petrosains. Tapi memandangkan aku dan kakak aku kedua2nya amek jurusan undang2. Kami merasakan bahawa ilmu saintifik tidak lagi relevan kepada kami. Dari membuang masa kat Petrosains baik pergi tgk fast five.

Citer ni la aku pergi tengok ngan kakak aku tadi. Mesti semua orang cakap "pehh gempak siot cite ni". Aku pon teringin nak cakap macam tu. Tapi apakan daya. Sepanjang aku tengok wayang x pernah lagi aku merasakan pengalaman pahit seperti tadi.

Pehh..rase nak baling najis kat muka die. Eh..bukan kat muka Vin Diesel tu. Cerita ni memang best. X dapat dinafikan. Tapi tahi tu aku nak baling kat sorang pakcik yang duduk blakang aku time dalam wayang tadi.

Ape perasaan korang kalau tengah syok2 tengok wayang. Citer box ofis tuh. Tetibe ade sorang tukang karut kat blakang?.Ni la yang aku rasa macam nak blow out tadi. Bukan setakat tukang karut je. Tukang bacakan subtitle "KEPARAT! KEPARAT!", tukang kritik terlebih tauliah "FULAMAK STUNTMAN DIAA..!", dolby digital sound efek free pon die jugak! "KEBABOMMMM!!!". Kalau cakap slow2 takpe. Ini macam nak bagi satu hall dengar. Kuat gila beb (sebab tu aku pakai hurop besa). Aku rasa bile die dah beli tiket 13 ringgit tu die rase macam die dah sewa satu hall tu kot. Leh buat macam rumah sendiri.

Well, die dah macam tu selama 45 minit cerita tu start pon aku still boleh sabar lagi. Walaupun dalam hati dah mencarut2. Aku sabar pon bukan ape. Aku fikir aku ni perempuan. Pakai tudung lak tuh. Kalau aku mencarut kat pakcik tu depan2 orang ramai nanti orang fikir ape pulak. Kan orang pakai tudung kat meleisia nih kene jadi 'angel'. Kalau mencarut2 sikit mula la cakap "pakai tudung tapi agama tah kemana". Aku x nak memalukan diri sendiri. Jadi baik aku sabar.

"HAAA TU DIAAA!!!" Pakcik tu menjerit lagi bagaikan disampuk jin tocet. Rupenye kakak aku kat sebelah pon dah hilang sabar kat pakcik tu. Ape lagi. Die sound la pakcik tuh. Sambil menunjukkan muka bengang plus annoyed die cakap.
"mintak maaf, tolong senyap sikit boleh tak?"
.
Then ingatkan lepas kene sound die nak diam la kan. Tapi x. Sememangnya pakcik nih mulutnya x boleh duduk diam. Die buat macam pekak lak. Tantah memang pekak kot sebab die tengok citer tuh die bace subtitle je pon.

Pastu tetibe pakcik tuh nak ejek2 lak yang kakak aku cakap tadi "mintak maaf tolong diam sikit boleh tak". 4 kali kot die ulang ayat yang sama. Kakak aku dah cukup berbudi bahasa la tu tegur die cara baik. Kakak aku bengang gile la kan. Die cakap la kat pakcik tuh. "saya cakap baik2 kan tadi?" Then pakcik tu tiba2 gi sebelah kakak aku yang duk tepi hujung skali. Sambil berdiri dengan perut buncitnya terjojol macam orang mengandung 5 bulan die cakap kat kakak aku "oo obesiti..huh.padan la..". Aku x kesah kalau aku sendiri yang kutuk kakak aku. Tapi kalau orang lain yang hina kakak aku memang aku rasa fuck gile la kan. Then aku pusing aku cakap kat pakcik tuh "pakcik, sebelum nak hina orang lain. cermin la dulu perut pakcik yang buncit tu". Sumpah aku rasa time tu macam nak baling najis kat muka die. Lagi elok kalau najis hanjeng. Dah tua2 bangka nak mampos mulut bukan main kuang aja.

Lebih kurang macam ni tahap keboncetan pakcik tadi. Tapi muka die x sama langsung ngan Brad Pitt.

Then lepas habis tengok wayang kulit tadi aku ngan kakak aku pon reach ayah aku sebab die dah ajak balik. Dalam perjalanan nak balik tetibe nampak ade ramai orang berkerumun depan condo Hampshire Park (condo mewah kat jalan ampang). Siap ade polis punye riben kuning mcam dalam CSI tu. Bomba ngan polis bukan main banyak. Mungkin ada orang nak bunuh diri. Memandangkan kami keluarga yang busybody bersifat ingin tahu kami pon memberhentikan kereta untuk pastikan apa yang terjadi. Ayah aku pon tanye orang kat situ ape kes. Orang tu cakap "ade bom meletop kat dalam condo tuh. sorang mati". Woah! ni lagi hebat dari kes bunuh diri. kompem masuk headline surat kabar besok. 

 manusia2 busybody macam kami gak

cool x?

aku terserempak ngan Thor dpan TGV. tapi matanya agak sepet. janggut pulak macam x shave 3 tahun.


p/s: lepas tengok fast five rilek jap tunggu sampai lagu rap tuh habis. ade lagi sambungan die.


No comments: