Tuesday, 31 May 2011

When Mustab was Such an Innocent Girl 2

Kejadian ni berlaku semasa aku berumur 7 tahun. Namun jumlah MSG dalam Mamee Monster yang aku consume pada jaman tersebut masih belum cukup untuk membuatkan aku short term memory lost. Karna itulah aku masih ingat satu soalan cepumas yang aku tanyakan kepada mak aku.

Waktu tu hari minggu. Jadi sedara mara aku datang rumah aku sebab ada makan2 kecil2an. TV kt rumah bukak citer mat saleh. Aku x ingat citer ape (gila hebat lah memory aku kalau leh igt). Sambil bermain2 dengan sepupu aku, aku terpandang ke arah tv. Time aku pandang tv tersebut aku ternampak sesuatu yang aneh. Sesuatu yang lain daripada apa yang diajar di sekolah. Memandangkan aku kanak2 innocent yang penuh dengan sifat ingin tahu, aku pon bertanya kepada mak aku. Depan makcik2 dan pakcik2 aku. Dengan suaraku yang lantang. Aku pon tanya

"Mama, knape perempuan dengan lelaki tu tido x pakai baju? ustad cakap lelaki dengan perempuan kene tutup aurat?"


Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi. Semua mata memandang kearah ku. Dan kemudian memandang mak aku. Tapi memandangkan mak aku seorang yang bijak dia hanya menjawab

"err...derang panas kot.hahaha =.='''' "


Tapi aku x puas hati dengan jawapan mak aku. Sebab aku pernah pergi negara barat. Negara barat sejuk. Mana ade panas.

"Tapi dulu shira pergi US sejuk je?"


Keadaan menjadi sunyi semula. Mak aku sungguh bijak mengkaver. Dia jawab

"errr...shira pergi time winter. ni time summer. derang summer panas tau. lagi panas dari malaysia. hahaha =.='''' "


Akhirnya mak aku berjaya menutup mulut aku. Mak aku terus tukar channel lain. Pandai mak aku kaver. hahaha. Tapi ingatkan aku sorang je macam ni. Rupanya sifat ingin tahu ni jatuh plak kat adik aku.

Time ni aku dah besar. Dah 18 tahun. Jadi bila tgk tv ngan mak aku. Nak dekat sampai kat scene yang ehem ehem. Aku terus cau pegi dapur. Pura2 nak gi buat milo. Tiba2 aku terdengar adik aku tanya kepada mak aku.

"mama, knape laki tu tolak2 perempuan tu?"


Aku didapur hanya menahan gelak. hahahaha!

Itulah sebabnya kenapa cerita2 orang putih kebanyakannya dirated 18 keatas. Ianya untuk keselamatan ibu bapa juga. Masalah besar akan timbul jika ditonton bersama anak2 yang mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi. hahaha.



Gambar hanyalah ilustrasi. Aku x de la comel macam ni time kecik. 

p/s: tau x lawak "017544 tekan2 x dapat?". aku la yang reka lawak tuh kat friendster dulu. haha. x nak caye x pe la.

3 comments:

NAZREE said...

budak lagi, apa tahu...penuh dengan tanda tanya dan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.HaHa

Mustab said...

haha..tula bahaya. nnt ade anak jgn tgk cte 18 tahun keatas dpan derang. nahas ko nk menjawab nnt. kalau ko bijak mcm mak aku tape gak. hahaha

tiyna sani said...

mustab :) aku dah follow...